Tuesday, May 4, 2010

Mencari makna sebenar ekonomi - 1


Ini merupakan sebahagian artikel dibawah kajian saya. Sebarang ambilan perlu mendapat izin pemilik blog dan harus dikreditkan sumbernya



Mencari makna sebenar ekonomi
Oleh Norziati binti Mohd Rosman
www.isuekonomi.blogspot.com

 
Pendahuluan
Setiap hari kita mendengar orang membicarakan tentang ekonomi. Saban waktu dipaparkan di suratkhabar mahupun kaca tv tentang kedudukan kewangan mahupun krisis ekonomi yang memberi kesan bukan sahaja satu negara malah negara yang terlibat dalam urusan dagangan dengannya.

Kita pernah dikatakan menhadapi krisis ekonomi, nilai Ringgit Malayisa yang menyusut, pasaran saham yang jatuh, inflasi diramal menjadi satu masalah, kadar pengangguran yang menjadi-jadi tinggi kadarnya apabila lebih banyak syarikat memecat atau membuang pekerja.

Jika kita pergi ke membeli belah, pembeli tidak lagi membeli sesuka hati seperti sebelum ini, sebaliknya memilih untuk membeli barangan keperluan berbanding kehendak. Tidak ramai yang makan di hotel mewah atau melancong ke luar negara. Syarikat juga sukar mendapatkan keuntungan tidak seperti tahun sebelumnya. Ramai yang menghadapi masalah dalam menyelesaikan pinjaman bayar balik kepada institusi kewangan yang meminjamkan wang kepada mereka. Institusi kewangan pula menghadapai kesukaran memberi pinjaman akibat peningkatan non performing loan (pinjaman tidak berbayar). Mereka merasa sukar untuk memberi pinjam kerana takut akan kerugian.

Kerajaan kemudian menggalakkan rakyat supaya mengurangkan perbelanjaan terhadap barang import, meminta bank menyediakan kredit kepada para peniaga, mengurangkan kadar faedah bagi menggalakkan pelaburan dan menggumumkan bajet defisit bagi tahun 1999 bagi memulihkan ekonomi.

Bagi sesiapa yang masih ingat, lebih kurang 15 bulan sebelum krisis ekonomi melanda Asia pada 1997-1998, a memberi warna yang cukup berbeza. Prestasi ekonomi kebanyakan negara di wilayah terbabit begitu hebat sehingga digelar sebagai Asian Miracle (Keajaiban Asia).

Jadi, apakah sebenarnya yang mengundang kejayaan atas keajaiban ini dan apakah sebenarnya punca kepada masalah atau krisi ekonomi kemudiannya? Mengapa negara yang mengecap keajaiban dalam pertumbuhan ekonomi selama sepuluh tahun berturut-turut boleh merudum dengan sebegitu teruk? Apakah polisi yang perlu diambil bagi menghadapi cabaran ini untuk membolehkan negara terbabit keluar dari krisis dan berdiri kukuh tanpa sebarang kesan terhadap krisis? 



Monday, May 3, 2010

Istilah / konsep perniagaan dalam Islam

Berikut adalah istilah yang diguna pakai dalam menjalankan perniagaan atau urusan transaksi kewangan atau apa sahaja yang melibatkan ekonomi. Istilah ini akan ditambah dari semasa ke semasa dan akan diterangkan seberapa ringkas dalam entri akan datang. 
  1. al-Mudharabah / Muqaradah
  2. al-Qard
  3. al-Bai Bithaman Ajil
  4. al-Ijarah
  5. al-Ijarah Thumma al-Bai’
  6. al-Murabahah
  7. al-Musyarakah
  8. al-Wakalah
  9. al-Musawamah
  10. al-Muzayadah
  11. al-Tauliyah
  12. al-Wadia
  13. al-Istisna’
  14. al-Rahnu
  15. al-Kafalah
  16. al-Wadi’ah
  17. Bai’ al-Inah
  18. Ba’ al-Salam
  19. Bai’ al Dayn
  20. Bai al-Muzayadah
  21. Dhaman / Kafalah
  22. Hak Tamalluk
  23. Hibah
  24. Sadaqah
  25. Waqf
  26. Hiwalah
  27. Wakalah
  28. Ibra’
  29. Muqasah
  30. Ithfaq Dhimani
  31. Sanadat
  32. Sukuk
  33. Ujrah / Ajr
  34. Sharikah al-Inan
  35. Sharikah al-Mufawadah
  36. Sharikah al-Wujuh
  37. Sharikah al-a’mal ‘al-abdan 
Semoga penerangan tentang istilah ini dapat diguna pakai bagi memahamkan kita tentang ekonomi Islam secara keseluruhan terutama sekali bagi mengelakkan ditipu atau terperangkap dengan konsep yang boleh mengelirukan kita selaku pengguna

Thursday, April 29, 2010

History of Islamic Banking

1) Mit Ghamr Bank in Egypt (1963-1967)
  • Founder: Dr Ahmad al-Najjar
  • At its peak, it has 9 branches with 250,00 depositors
  • Activities: direct trade and industry, partnership with others
  • Performance: successful via grass root participation but closed for [due to] political reason, which ranged from fear of Islamic fundamentalism to disagreements over how the bank should be regulated. The government come with many excuses on Islamic bank


2) Organisation of Islamic Countries (OIC) and the Islamic banking movement
  • Dominated by Saudi Arabia
  • Early seventies lead by King Faisal of Saudi Arabia
  • Islamic banking held the promise of more control over Islamic world's political and economic destiny
  • Third Islamic Conference in Jeddah (1972): to reform the monetary and financial system according to Islamic ethics

Growth

The causes of the growth of the international economy in the nineteenth century:

  1. Technological progress in industrial and agricultural sector
  2. Technological progress in transportation and communication
  3. The accumulation of capital
  4. The growth of world population
  5. The supply of natural resources
  6. The growth of real incomes
  7. The spread of economics freedom

Wednesday, April 28, 2010

Hutang - 1

Ini merupakan sebahagian artikel dibawah kajian saya. Sebarang ambilan perlu mendapat izin pemilik blog dan harus dikreditkan sumbernya 


Hutang Sebagai Satu Keperluan

Oleh Norziati Mohd Rosman
www.isuekonomi.blogspot.com

Seseorang yang berkerjaya dan mempunyai pendapatan sendiri akan mempunyai dua pilihan, berbelanja mengikut kemampuan yang ada atau berbelanja melebihi pendapatan dengan berhutang atau istilah bank disebut pnjaman. Dengan berhutang, seseorang dapat memenuhi kehendaknya bagi membeli barang dan perkhidmatan yang di inginkan. Namun, setiap hutang dikenakan kadar faedah. Ini bermakna, nilai wang yang perlu dibayar kembali bertambah, tidak seperti nilai asal. Tanpa hutang, seseorang itu tidak dapat memiliki barang dan perkhidmatan yang di inginkan jika hanya berdasarkan kepada pendapatan semasa.

Begitulah yang berlaku apabila sesebuah negara mengambil hutang. Amat mustahil sesebuah negara dapat melaksanakan projek pembangunan di dalam negara jika berdasarkan kepada pendapatan semasa. Oleh itu, bagi sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia,  apatah lagi dalam proses menjadi negara maju menjelang tahun 2020, maka hutang adalah satu keperluan.

Pada hakikatnya, kerajaan mempunyai dua pilihan dalam membiayai projek pembangunan ini iaitu samada menaikkan kadar cukai dan berhutang. Menaikkan cukai sekadr membebankan rakyat menjadikan mereka terhimpit dan tertekan. Sebalknya hutang membolehkan rakyat menikmat kesejahteraan hidup.

Apabila kerajaan berhutang, perkara utama yang perlu diambil kira ialah ianya perlu digunakan untuk projek dan tujuan yang boleh menghasilkan pendapatan kembali kepada negara supaya hutang yang diambil boleh dilangsaikan kemudian. Jika projek yang di jalankan tidak memberikan pulangan, atau digunakan pada projek yang tidak menguntungkan, bagaimana kerajaan boleh mengutip hasilnya dan sekaligus menyukarkan kerajaan membayar kembali semua hutang.

Hutang datang dari dua sumber, iaitu dari dalam negara dan luar negara. Hutang luar negara ialah seperti meminjam dari negara luar sperti Jepun, Korea atau dari institusi seperti Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia. Sumber pinjaman dalam negara ialah seperti KWSP. Kerajaan embayar faedah atas pinjaman yang dibuat ini dan dikreditkan ke dalam akaun pencarum. Oleh itu, tiada lagi wang mengalir keluar. Walaupun kerajaan terpaksa membayar faedah, tetapi rakyat sendiri yang mendapat manfaat daripadanya. Menjana sumber dalam negara adalah lebih bak. Jika kerajaan kurangkan pinjaman luar negara, aliran keluar wang dapat dikurangkan dan mengukuhkan lagi ekonomi negara.

Pertama kali kerajaan meminjam dari luar negara ialah pada 1958 bagi melaksanaan projek bekalan elektrik d Cameron Highland berjumlah RM86 juta yang di peroleh dari Bank Dunia. Pada 1970-an, kerajaan mula memnjam dari Bank Duna bagi membiayai projek pertanian seperti pembukaan tanah, sistem pengairan dan pembinaan sekolah. Pojek pengairan Kemubu di Kelantan dan Muda di Kedah membolehkan padi ditanam dua kali setahun sekaligus berjaya meningkatkan pendapatan rakyat. Pembukaan tanah menerusi Felda membolehkan keluarga yang berpendapatan rendah berpeluang memiliki tanah. Oleh itu hutang ini dapat menjana pendapatan rakyat luar bandar.

Kerajaan juga membiaya projek infrastruktur seperti pembinaan jalanraya dan pelabuhan seperti di Klang, Port Dickson, Kuantan, Pasir Gudang dan Bintulu. Pembinaan jalanraya menggalakkan kegiatan ekonomi, menjadi nadi pertumbuhan ekonom. Rakyat berpeluang menikmati pendapatan lebih seperti kawasan hutan guna sampan dah ada jalanraya.

Oleh kerana hutang digunakan untuk projek infrastruktur yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan berjaya mengutip hasil dan membayar kembali hutang. Projek yang dlaksanakan ni menjana keuntungan. Rekod negara bak kerana mampu membanyar ikut jadual. Oleh itu, banyak negara berusaha untuk memberi pinjaman kepada negara dan ini menambah keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi negara dan pelaburan asing.


Maksud ekonomi

Ekonomi berasal daripada perkataan Greek, aikou dan nomos.



Sedang ditulis....





Pengenalan

Blog ini membicarakan seputar ekonomi - dari sudut Islam dan konvensional - serta apa sahaja berkaitan ekonomi, kewangan, perdagangan dan seumpama dengannya. Setiap adalah entri berdasarkan sumber yang dinyatakan dan jika ia dari sumber sendiri maka akan dimaklumkan sewajarnya.

Blog ini akan cuba mendapatkan pandangan dan pendapat yang sah dan berautoriti. Sebarang usaha dan ikhtiar terhadap blog ini diharap dpat dimanfaatkan demi kebaikan bersama.

Selamat menjejaki entri hingga ke akhirnya.